Agensi Terlibat
Hang Tuah Jaya merupakan sebuah bandar satelit Melaka yang juga pusat pentadbiran Melaka bermula Jun 2006. Bandar ini juga dikenali sebagai 'Putrajaya' di Melaka. Pusat pentadbiran Hang Tuah Jaya terletak kira-kira 15 km dari pusat bandar. Kawasan ini terletak di bawah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Seri Negeri juga terletak di sini, berhampiran persimpangan Seri Negeri-MITC.