Agensi Terlibat
Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah terletak di tengah Bandar Alor Gajah di atas keluasan 0.7689 hektar, di dalam Dewan Undangan Negeri, Rembia dan Parlimen Alor Gajah. Keluasan daerah Alor Gajah adalah seluas 660 kilometer persegi dan terdapat 31 Mukim di dalam pentadbirannya. Daerah Alor Gajah terdiri daripada dua kawasan parlimen iaitu Parlimen Masjid Tanah dan Parlimen Alor Gajah.
Terdapat 5 Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen Masjid Tanah iaitu Kuala Linggi, Lendu, Tanjung Bidara, Ayer Limau dan Taboh Naning. Manakala di dalam Parlimen Alor Gajah terdapat 4 DUN iaitu Rembia, Gadek, Durian Tunggal dan Machap.