Dasar Privasi

1.Apakah maklumat yang kami kumpul?

Kami mengumpul maklumat daripada anda apabila anda mendaftar di laman web kami atau apabila mengisi boring online di laman web ini.
Semasa pesanan atau pendaftaran di laman web kami, anda akan diminta untuk memasukkan nama anda, nombor kad pengenalan, alamat e-mel, alamat atau nombor telefon.

2. Untuk apa maklumat anda yang kami kumpulkan?

Mana-mana maklumat yang kami kumpul daripada anda boleh digunakan dalam salah satu daripada cara yang berikut:

  • Untuk mengenalpasti pengalaman anda
    Maklumat anda membantu kami untuk bertindak balas kepada keperluan individu
  • Untuk memperbaiki laman web kami
    Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan tawaran Laman web kami yang berdasarkan maklumat dan maklum balas yang kami terima daripada anda
  • Untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan
    Maklumat anda membantu kami untuk bertindak balas terhadap permintaan perkhidmatan pelanggan dan menyokong keperluan anda dengan lebih berkesan
  • Untuk memproses transaksi
    Maklumat anda, sama ada maklumat peribadi atau awam tidak akan dijual, ditukar, dipindahkan, atau diberikan kepada mana-mana syarikat lain dengan sebarang sebab, tanpa kebenaran anda, selain daripada untuk tujuan yang nyata dalam menyampaikan produk yang dibeli atau perkhidmatan yang diminta.
  • Untuk mentadbir satu pertandingan, promosi, kaji selidik atau ciri-ciri laman web yang lain
  • Untuk menghantar e-mel secara berkala
    Alamat e-mel yang anda berikan untuk pemprosesan pesanan hanya akan digunakan untuk menghantar maklumat dan pengemaskinian yang berkaitan dengan pesanan anda.

3. Bagaimana kami melindungi maklumat anda?

Kami melaksanakan pelbagai langkah-langkah keselamatan untuk menjaga keselamatan maklumat peribadi anda apabila anda membuat pesanan atau masuk, hantar, atau mengakses maklumat peribadi anda.

Kami menawarkan penggunaan komputer pelayan yang selamat. Semua maklumat sensitif/kredit yang dibekalkan, dihantar melalui teknologi Secure Socket Layer (SSL) dan kemudian disulitkan kedalam pengkalan data pembekal gerbang pembayaran kami, dimana hanya boleh dicapai oleh orang-orang yang diberikan kuasa dengan hak capaian khas untuk sistem-sistem tersebut, serta perlu menyimpan maklumat sulit tersebut.

Selepas tamat transaksi, maklumat peribadi anda (kadkredit, nombor keselamatan sosial, kewangan, dll) tidak akan disimpan pada Komputer pelayan kami.

4. Adakah kami menggunakan cookies?

Ya. ‘Cookie' adalah satu fail teks yang diletakkan dalam cakera keras anda oleh halaman Web pelayan. 'Cookie' ditugaskan secara unik kepada komputer anda, dan hanya boleh dibaca oleh satu pelayan Web dalam domain yang mengeluarkan 'cookie' kepadaanda. Satu daripada tujuan utama 'cookie' adalah bagi memberi satu ciri kemudahan untuk anda menjimatkan masa. Tujuan 'cookie' adalah bagi memberi tahu pelayan Web yang anda telah kembali ke satu halaman khusus.

5. Adakah kami mendedahkan apa-apa maklumat kepada pihak luar?

Kami tidak menjual, memperdagangkan, ataupun memindahkan maklumat peribadi anda kepada pihak luar. Ini tidak termasuk pihak ketiga (jikaada) yang membantu kami dalam mengendalikan laman web kami, menjalankan perniagaan atau perkhidmatan kepada anda, selagi pihak-pihak tersebut bersetuju untuk menyimpan maklumat tersebut secara sulit. Kami juga boleh mengeluarkan maklumat anda apabila kami percaya pengeluaran data tersebut sesuai dan mematuhi undang-undang, bagi tujuan penguatkuasaan dasar laman web kami, atau melindungi hak, harta, atau keselamatan orang lain atau kami.Walaubagaimanapun, maklumat pengunjung yang bersifat tidak peribadi akan disediakan kepada pihak-pihak lain untuk pemasaran, pengiklanan, atau kegunaan lain.

6. Pautan pihak ketiga

Adakalanya dan diatas sebab-sebab tertentu kami mungkin meletakkan atau menawarkan produk-produk pihak ketiga atau perkhidmatan lain di laman web kami. Laman-laman pihak ketiga ini mempunyai dasar privasi yang berasingan dan bebas. Oleh itu, kami tidak mempunyai sebarang tanggungjawab atau liabiliti untuk kandungan dan aktiviti laman-laman yang dipautkan. Namun begitu, kami berusaha untuk melindungi integriti laman web kami dan mengalu-alukan sebarang maklumbalas mengenai laman-laman ini.

7. Perlindungan data

E-BAYAR KERAJAAN NEGERI MELAKA boleh menggunakan teknologi terkini termasuk penyulitan perisian untuk melindungi maklumat anda atau mana-mana data yang anda berikan dalam portal kami bagi mengekalkan standard keselamatan untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

8. Ruang Simpanan

Untuk melindungi data peribadi anda, semua storan elektronik dan penghantaran maklumat akaun pengguna disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang terkini.

9. Dasar privasi dalam talian sahaja

Dasar Privasi dalam talian ini digunakan hanya kepada maklumat yang dikumpulkan melalui laman web kami dan tidak kepada maklumat yang dikumpul di luar talian.

10. Terma dan syarat

Sila layari bahagian terma dan syarat kami, Penafian dan had liabiliti yang berkaitan dengan penggunaan Laman web kami di https://ebayar.melaka.gov.my

11. Keizinan anda

Dengan menggunakan laman kami, anda bersetuju dengan dasar privasi laman web kami.

12. Perubahan kepada dasar privasi kami

Jika kami memutuskan untuk mengubah polisi privasi kami, kami akan menyiarkan perubahan tersebut pada laman ini.

13. Hubungi kami

Jika terdapat sebarang soalan mengenai dasar privasi ini, anda boleh menghubungi kami menggunakan maklumat di bawah..

Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Aras 1, Blok Temenggong
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
ebayar_admin@melaka.gov.my
06-3333333 ext 7656

© Copyright E-Bayar Kerajaan Negeri Melaka 2024 versi 2.0

Sesuai dipapar pada Google Chrome, Mozilla Firefox & Internet Explorer 10.0 dan ke atas dengan resolusi lebih tinggi daripada 1360 x 768 piksel.